mereka seronok tau...
ASRAMA SK HENDROP GUA MUSANG
Sabtu, 20 April 2013
KELAS MENULIS TAHAP 1
Pada Sebelah malam bermula 15 April 2013 murid-murid tahap 1 terdiri daripada tahun 1, 2, 3 dilatih untuk menulis. Warden telah mendapati masih ramai lagi murid-murid asrama belum ada kemahiran dalam menulis. Jom kita lihat paparan gambar tersebut.
WARDEN BERTUGAS 26 APRIL DAN 27 APRIL 2013
Pihak pengurusan Asrama telah menetapkan En. Rusli bin Mat akan menjalankan tugas pada 26 dan 27 april 2013. Murid asrama sepatutnya balik tetapi akibat daripada Sekolah berganti pada 27 April (Sabtu) maka sukarlah untuk murid balik 1 hari. Diharap Warden bertugas dan PPM bersabar, kerana kebanyakan guru juga tidak balik ke kampung. Harap Maklum.
Rabu, 27 Mac 2013
Ahad, 17 Mac 2013
Solat Berjamaah Walaupun Tiada Elektrik
Asrama SK Hendrop merupakan Asrama yang tidak mempunyai bekalan elektrik. Pihak Pengurusan Asrama telah menggunakan enjin generator untuk memasang lampu. Bunyi deruman enjin sudah biasa bagi kami.
Solat Berjemaah bagi murid asrama merupakan jadual harian tetap walaupun dalam keadaan gelap. Sumber cahaya yang digunakan ialah lampu yang terpaksa di cas.
Solat Berjemaah bagi murid asrama merupakan jadual harian tetap walaupun dalam keadaan gelap. Sumber cahaya yang digunakan ialah lampu yang terpaksa di cas.
Berdisiplin Ketika Makan
Suasana makan dikantin yang kecil adalah begitu menyukarkan untuk mengatur dan menyusun atur murid ketika makan. Namun begitu dengan penerapan disiplin murid-murid mereka beratur dan diajar cara menghormati hak orang lain. Kami juga menerapkan supaya menghargai setiap makanan yang dimakan oelh mereka. murid-murid diterapkan supaya tidak menumpahkan nasi ketika makan.
Murid-murid juga diterapkan supaya menghabiskan makanan mereka daripada membazir.
Buah tembikai sebagai pencuci mulut.
Apa yang penting ialah Dewan Makan yang bersih menjadi idaman setiap Manusia..
Ahad, 10 Mac 2013
Jumaat, 8 Mac 2013
Jadual Bertugas Warden Asrama2013
Catatan: Warden bertugas diminta menulis Laporan di buku catatan warden bertugas harian.- rujuk ketua warden
Langgan:
Catatan (Atom)